Kerna Aku Insan Lemah

19 Oktober 2008

Assalamualikum w.b.t


Jam skrang menunjukkan kol 1:12 a.m. Rasa cam nk menulis ja.. haha..nanti aku stdy..
kebosana malam ni membuatkan ku terus rasa nk menulis. maklumlah, dah lama xmeluahkan idea. em, suasana malam ni agak sejuk dan hujan renyai-renyai diluar membuatkan setiap mata lena tekatup dibuai mimpi2 indah. Aku masih lagi d
i meja mengadap laptop. Rumateku ke KL untuk survey tempat program motivasi dan mengadakan usrah sekolah. Nasib baik ada sorang sahabat dan seniorku yang dh grad datang menemaniku dibilik ni (hehehe..buka takut eh). Sbb, orang kata bile dok ngan orang beriaman ni, kita gak akan jadi orang beriman..(betol..betol..betol--gaya upin ipin). Alhamdulilah, Allah mengurniakan aku berada bersama-sama lingkugan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang mendambakan cinta-Nya.


Pemandangan yang dapat terlihat dari jendela bilikku


Aku slalu jugak bermuhasabah diri, sekiranya tak diberi hidayah, kat mane ek aku skrang? mungkin sahaja berdua-duaan di taman-taman dalam universiti aku ni (tgk wayang pon ok gak ngan awek) atau pon berpeleseran dengan kawan-kawan, pergi minum-minum, disko ke atau sbgnya. (Nauzubillah, moga Allah terus memelihara aku dari kemaksiatan). Haha..nampaknya peneman ku dibilik ni dah tido dua-dua..aku je masih segar, nk stdy plak pasni..haih..

(sambung balik)Ku cuba mencari ketenangan
dengan mengabiskan setengah Juz Al-Quran (ops, baru teringat, ari ni belum baca quran ali..haih) sbb Allah ada cakap dalam surah Ar-Rad Ayat ke 28


"(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan mengingati Allah". ketahuilah dengan mengingati Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia."[13:28]

Aku lihat pemandangan diluar-kelam dan sejuk. beberapa buah kereta berulang-alik masuk. Suasana dikafe juga agak bising (biliku berdekatan dengan kafe). Manusia tengah tengok bola. ya, tengok bola sampai pagi. Dan itu menjadi perkara biasa bagi manusia biasa. Manusia biasa yang kurang tahu atau mungkin tidak tahu langsung keberadaan mereka diatas muka bumi ini. Kenapa ya?

Mungkin kita biasa saja menghabiskan masa beberapa jam menonton bola atau movie dsb sehingga menjelang waktu pagi, tetapi kita lupa, kita jarang atau kita alpa daripada mengingati Allah.

Alamak, nak spend sket masa untuk solat tahjud bleh x? haih. itulah manusia. kadang kala beralasan, kadangkala memekakan telinga. walhal, nanti, itulah yang akan dibawa ke mati dan dipersoalkan. Takkan masa disana nanti nak bawak Bola, TV menghadap Allah. Dan bila Allah tanya apa bekal yang kamu bawa?-Tunjuk la bola dan TV yang kamu gila-gilakan itu. atau Bawak awek yang kamu berjalan berdua-duaan tu dulu, ataupun tanyangan movie yang kamu tonton bersama teman-teman mu itu. nescaya, ia tidak akan dapat ,menolongmu.

Ku teliti lagi jalan yang kutempuh, kapankan aku bertahan? Ya, kadangkala maksiat masih lagi ku perlakukan, dan masa itu la Iman akan kecundang dan syaitan mula mendaji teman. Susup-susup sayup kedengaran menggugah iman. Ya syaitan kan mengalir menyusup disetiap pelusuk hati. Bisakah aku menghindarinya?

Dan bagiku, penawarnya adalah satu, ingatlah Allah ketika kamu inginkan kemaksiatan dan segeralah bertaubat.

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [39:53, Az-Zumar]

Dan begitulah kitaran hidup sebagai insan biasa. Kita takkan terlepas dek cengkaman dan hasutan syaitan. Namun, kitalah yang bisa mengawalnya sebab roh didalam jasad, syaitan takkan bisa mengawalnya selagi iman kita utuh dengan pencipta-Nya.

-Tengah Malam-

1 ulasan:

wafiUddin berkata...

Salam...

Memang sangat bagus andai kita mempunyai kesedaran bahawa kita sebagai manusia masih ada banyak kelemahan, kekurangan. Tp kesedaran semata tanpa ada usaha ke arah perbaikan diri adalah satu kesia-siaan.

Makanya, marilah kita, yang alhamdulillah dihidayahkan oleh Allah dengan kesedaran sebegitu, berusaha bersungguh-sungguh utk memperbaiki diri kita.

Jangan pernah kita mrasa berkecukupan dgn apa yg telah kita lakukan kerana ia takkan pernah ada titik noktahnya smpai la ajal menjemput kita.

Wallahu a'lam

 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Eksekutif IT di sebuah syarikat Oil and Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts