Malam lailatul qadr?

01 September 2008

kita seringkali mendengar tentang malam lailatul qadr. Malam yang lebih baik dari 1000 bulan.. malam dimana setiap orang yang berpuasa tertunggu-tunggu. Malam dimana doa paling mustajab, malaikat turun kebumi mengaminkan doa-doa orang yang berdoa kepada Rabbnya..
Bagaimana sebenarnya malam lailatul qadr ini terkenal dengan malam seribu malam? Ana ingin kongsi sedikit dengan pembaca semua mengenai hal ini.
Ianya bermula daripada surah Al-Qadr, surah yang ke 97 dan mempunyai 5 ayat. maksudnya:-
[97:1]Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
[97:2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
[97:3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[97:4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[97:5] Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
keterangan dari Asbabun Nuzul (Latar belakang turunnya ayat-ayat Al-Quran)
Dalam satu riwayat dikemukakan bahawa Nabi s.a.w bermimpi melihat Bani Umayyah menduduki dan menguasai mimbarnya setelah baginda wafat. Baginda merasa tidak senang kerananya. Maka turunlah ayat "Inna a'tainakal kautsar" [108:1] dan "Inna anzalnahu fi lailatil qadri" [97:1] untuk membesarkan hati baginda
(Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan Al-Hakim dan Ibnu Jarir yang bersumber dari Al Hasan Bin 'Ali)
Keterangan:
Al-Qasim Al-Hirani menyatakan bahawa kerajaan Bani Umayyah itu ternyata berlangsung selama tidak lebih dan tidka kurang dari 1000 bulan.
Menurut At0irmizi riwayat ini Gharib sedang Al-Muzani dan Ibnu Katsir menyebut sangat Munkar.
Dalam satu riwayat dikemukakan bahawa Rasullulah s.a.w pernah menyebut-nyebut seorang Bani Isra'il yang berjuang fisabilillah menggunakan senjatanya selama seribu bulan terus-menerus. Kaum muslimin mengagumi perjuangan orang tersebut. Maka Allah menurunkan ayat ini [97:1 s/d 3] bahawa satu malam lailatul qadr lebih baik daripada perjuangan Bani Isra'il selama 1000 bulan.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dan Al-Wahidi yang bersumber dari Mujahid)
Dalam riwayat lain dikumukan bahawa di zaman Bani Isra'il terdapat seroang laki-laki yang beribadah malam hari hingga pagi dan berjuang memerangi musuh pada siang harinya. Perbuatan tersebut dialkukan sleama seribu bulan. Maka Allah menurunkan ayat ini [97:1-3] yang menegaskan bahawa satu amalam lailatil qadr lebih baik dari amal 1000 bulan Bani Isra'il tersebut.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang berusmber dari Mujahid)
semoga nanti kita semua kan ketemu Malam Lailatul Qadr yang benuh barakah itu insyaAllah....
Rujukan: Asbabun Nuzul, K.H Qamaruddin Shaleh dan HAA.Dahlan dan Prof. Dr. M.D. Dahlan, Cetakan ke-14, Penerbitan CV, DIPONEGORO Bandung Indonesia, 1992

Tiada ulasan:

 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Control System Engineer di sebuah Syarikat Minyak dan Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts