Coklat Halal (Tasneem Interprise)

12 September 2008



Assalamualikum..

kepada sahabat-sahabat sekalin, izin saya memperkenalkan coklat halal yang dijamin Halal daripada sebuah syarikat (Tasneem Interprise) yang berpusat di Tambun. Marilah kita sama-sama menyokong produk islam yang diyakini tahap kebersihan dan yang paling penting status bahan yang dibuat untuk coklat ini. tidak seperti coklat-coklat yang popular seperti 'Kad-Buri' yang menggunakan bahan-bahan yang shubhat serta Keet-Keat yang diboikot (salah satu anak syarikat yahudi)..



Coklat yang kami jual boleh dijadikan hadiah kepada keluarga dan sahabat handai atau kepada suami atau isteri tercinta (yang dah kawin laa)..



Coklat yang dijual adalah seperti dibawah-->



Dipacking dalam plastik (ada juga yang dipacking dalam balang)
almond yang disalut dengan coklat yang berkualiti, amat enak dimakan, lebih-lebih lagi dijamukan ketika hari raya.
Berat coklat
500 gram (+/-60 biji satu paket) = RM 18.00
ada juga dalam berat 1 KG.
tempahan boleh dibuat kepada
Ikhwan Annas - 0194344922
Abdul Hilmi- 0195237812
untuk pengetahuan, kami sendiri sudah melawat ke kilang pembuatan coklat ini. Dijamin halal dan bersih
p/s: Selepas raya, insyaAllah akan ada banyak lagi jenis. Jadi sila buat tempahan dengan segera kerana stok adalah terhad (untuk jenis ini sahaja)
Bantulah sesama Ummah
Jazakallah kaira Katsira..

Malam lailatul qadr?

01 September 2008

kita seringkali mendengar tentang malam lailatul qadr. Malam yang lebih baik dari 1000 bulan.. malam dimana setiap orang yang berpuasa tertunggu-tunggu. Malam dimana doa paling mustajab, malaikat turun kebumi mengaminkan doa-doa orang yang berdoa kepada Rabbnya..
Bagaimana sebenarnya malam lailatul qadr ini terkenal dengan malam seribu malam? Ana ingin kongsi sedikit dengan pembaca semua mengenai hal ini.
Ianya bermula daripada surah Al-Qadr, surah yang ke 97 dan mempunyai 5 ayat. maksudnya:-
[97:1]Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
[97:2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
[97:3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[97:4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[97:5] Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
keterangan dari Asbabun Nuzul (Latar belakang turunnya ayat-ayat Al-Quran)
Dalam satu riwayat dikemukakan bahawa Nabi s.a.w bermimpi melihat Bani Umayyah menduduki dan menguasai mimbarnya setelah baginda wafat. Baginda merasa tidak senang kerananya. Maka turunlah ayat "Inna a'tainakal kautsar" [108:1] dan "Inna anzalnahu fi lailatil qadri" [97:1] untuk membesarkan hati baginda
(Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan Al-Hakim dan Ibnu Jarir yang bersumber dari Al Hasan Bin 'Ali)
Keterangan:
Al-Qasim Al-Hirani menyatakan bahawa kerajaan Bani Umayyah itu ternyata berlangsung selama tidak lebih dan tidka kurang dari 1000 bulan.
Menurut At0irmizi riwayat ini Gharib sedang Al-Muzani dan Ibnu Katsir menyebut sangat Munkar.
Dalam satu riwayat dikemukakan bahawa Rasullulah s.a.w pernah menyebut-nyebut seorang Bani Isra'il yang berjuang fisabilillah menggunakan senjatanya selama seribu bulan terus-menerus. Kaum muslimin mengagumi perjuangan orang tersebut. Maka Allah menurunkan ayat ini [97:1 s/d 3] bahawa satu malam lailatul qadr lebih baik daripada perjuangan Bani Isra'il selama 1000 bulan.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dan Al-Wahidi yang bersumber dari Mujahid)
Dalam riwayat lain dikumukan bahawa di zaman Bani Isra'il terdapat seroang laki-laki yang beribadah malam hari hingga pagi dan berjuang memerangi musuh pada siang harinya. Perbuatan tersebut dialkukan sleama seribu bulan. Maka Allah menurunkan ayat ini [97:1-3] yang menegaskan bahawa satu amalam lailatil qadr lebih baik dari amal 1000 bulan Bani Isra'il tersebut.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang berusmber dari Mujahid)
semoga nanti kita semua kan ketemu Malam Lailatul Qadr yang benuh barakah itu insyaAllah....
Rujukan: Asbabun Nuzul, K.H Qamaruddin Shaleh dan HAA.Dahlan dan Prof. Dr. M.D. Dahlan, Cetakan ke-14, Penerbitan CV, DIPONEGORO Bandung Indonesia, 1992

Marhaban ya Ramadhan

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, kerana masih dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t untuk kaita sama-sama menyambut bulan yang paling diberkahi..bulan yang lebih baik daripada seribu bulan. bulan dimana turunnya ayat Al-Quran yang pertama, bulan dimana berlakunya perang yang besar dalam sejarah Islam yakni perang Badr...
Dan alhamdulilah, aku masih lagi diberikan oleh Allah s.w.t untuk terus meneruskan ibadah ataupun rukun Islam yang ketiga ini. Namun, sudah semestinya setiap tahun aku akan melalui suasana menyambut ramadhan yang berbeza. Kalu diingatkan dulu, waktu di rumah, emak yang sediakan juadah berbuka dan juga juadah bersahur. Emak juga yang akan kejutkan bangun bersahur. Tapi kini, sebagai seorang pelajar diUniversiti, semuanya dilakukan sendiri. Namun alhmdulillah, dengan adanya ikhwah-ikhwah dan sahabat-sahabat disekeliling menambahkan kecerianan puasa tahun ini.
Ramadhan tahun ini membawa warna-warni dalam hidupku dengan adanya beberpaa program yang telah dirancang seperti tilawah, mabit, iftar jam'ie, qiamulai, hafazan dan sebagainya. Tapi yang paling menarik adalah program Baksos (Bakti sosial) yang diadakan di rumah anak yatim. Dan tahun ini, tugas ku dan seorang lagi ikhwah yang perlu mengelola program ini.
Petang tadi, aku berkesempatan untuk ke sebuah rumah anak yatim yang terletak di Ipoh, perak. selepas berpusing-pusing mencari rumah tersebut, alhamdulillah jumpa juga akhinya. Disana, aku sempat berbincang-bincang sedikit dengan pihak pengurusan rumah anak yatim tersebut untuk mengadakan program sehari disana pada pertengahan ramadhan ni. Tentatif program tersebut masih lagi dalam perbincangan.
Setelah pulang dan berehat sekejap, aku ke masjid untuk iftar beramai-ramai. Sampai disana, kelihatan ramai orang, ada yang duduk, dan ada yang beratur untuk mengambil makanan. Aku hanya melihat gelagat mereka dan terus menuju ke talam yang telah dipenuhi denga makanan (ikhwah junior yang tolong ambikkan).. bile tibe je waktu berbuka, kami makan bersama-sama. disitulah letaknya tali ukhuwah..
Harapanku semoga puasa tahun ni memberikan aku lebih kesedaran, lebih banyak ibadah, lebih banyak pahala ditimba dan dosa dihapus serta lebih bersemangat untuk mengencarkan kerja-kerja dakwah yang telah diamanahkan..
wallahualm..
 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Eksekutif IT di sebuah syarikat Oil and Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts