Silver Program

30 Ogos 2008

Assalamualaikum..

hari khamis dan jumaat yang lepas, dengan izin Allah, aku sempat menghadiri satu program yang dianjurkan oleh pihak universitiku...program khas untuk pelajar-pelajar 'cemerlang' sem kedepan..
antaraobjektif tersebut adalah untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang perform sem lepas (termasuk la diriku).. Ianya merupakan satu program yang amat menarik dan berguna bagi diriku yang lemah ini.. kami diajar bagaimana nak menguruskan masa dengan baik, bagaimana nak first thing first disamping slot2 yang menghiburkan.. (time nyanyi dan joget-chicken dance [nanti boleh la aku guna utk buat program motivasi skeolah hi3])..

Tapi yang paling menarik adalah masa sharing pengalaman dan cara belajar sem2 lepas.. aku amat-amat tertarik dengan apa yang diceritakan oleh senior2 ku.. ada yang dah beberapa sem extend.. hui, bagiku, ianya amat cukup memberi pengajaran agar aku belajar dengan lebih tekun...

ada seorang senior 3rd year 1st sem yang menceritakan sem lepas, dia 'all out' mejalankan MLM (Multi Level Marketing) sehingg mendapat keuntungan sebnayak RM20K, bahkan ada student universitiku yang mendapat untuk dalam perniagaan ini sehingga RM50K..tapi dia dah berhenti membuat peniagaan ni bila dia bertanya ustaz berkenaan hal ni. Ustaz yang dijumpainya menceritakann dalam perniagaan ni ada shubhat (samar-samar).. jadi, instead of eating such a 'haram' money, he deside to stop it.. alhamdulillah, aku juga sempat memberi sedikit nasihat kepadanya.. ada juga seorang senior yang dah bersem-sem dan hampir dibuang dari universiti sebab selalu fail, menceritakan keadaannya sem2 lepas. dia merupakan penyanyi 'karok' [tak silap aku karaoke] di pusat2 karaoke di sekita universitiku. cara penyampaiannya amat sempoi dan gila2 tapi ada point yang aku dapat dan dijadikan ibrah kepadaku.. walaupun dia lalai dengan dunianya namun, aku dapat detect yang dia masih mahukan islam dengan sempurna.. ia jelas aku nampak ketika dia bertanya kepada seorang ikhwah (masa tu la) bagaimana mencari ketengangan selepas ikhwah tersebut sharing sedikit tentang kehidupanya di universiti. dia seolah-olah mencari ketenangan tersebut, dan dia juga akui sekiranya agama diketepikan, nescaya hidup akan musnah.. terdetik juga dihatiku sekiranya brother ni didakwahi dan dibersihkan, pasti dapat digunakan untuk mengembangkan dakwah. Namun aku xsempat berjumpa dengannya sebab slot2 seterusnya dia dah tak datang..huhu~~ semoga Allah membuka hatinya untuk kembali kepada Islam yang sebenarnya..

selama menghadiri program yang singkat tersebut, aku dapat lihat berbagai-bagai ragam manusia. ada yang gila movie, shoping, masalah ngan awek, family prob, dan sebagainya. dan semua itu menjadi satu ikhtibar buat diriku.. setelah semua permasalahna dikesan, kami diminta untuk membuat perancangan belajar dan target untuk semester ni.. yang aku dapat lihat, ramai yang mempunyai cita-cita yang tinggi termasuk diriku... ^_^ cuma, perlu usaha yang lebih untuk merealisasikanya..

program tersebut berakhir pada petang jumaat..seblum pulang, aku sempat membeli sebuah buku yang bertajuk 'Berjaya ke Universiti' untuk rujukan ku sendiri dan untuk program motivasi sekolah yang akan aku join kedepan.. Aku doakan semoga apa yang dicita-citakan dan dilafazkan oleh setiap peserta ketika program tersebut dapat direalisasikan dan dimakbulkan oleh Allah s.w.t Wallahualam...

Hari Al-Quds Sedunia (ROQ)? apa peranan kita?

21 Ogos 2008

pagi-pagi lagi hesetku berbunyi alarm 'birthday'..birthday sape pulak hari ni? hatiku tertanya.. "Hari Al-Quds Sedunia, 39 tahun" terpapar dalam skrinku..


Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok dan mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin). Api marak dengan dasyat sekali seolah-olah seluruh Masjidil Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan. Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael. Michael mendakwa bahawa dia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian, Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Michael ‘gila’. Maka, atas sebab itu, Michael tidak dapat dipertanggungjawabk an atas kejadian tersebut. Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa. Maka sejak itu 21 Ogos setiap tahun menjadi Hari Al-Quds sedunia. yang disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa yang dibakar. Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam terhadap masjid Al-Aqsa yang disucikan. Begitulah nasib tanah suci Umat Islam yang ketiga setelah dihuni oleh rejim Zionis.

dan disebabkan hal inilah OIC (organisation of Islamic Country) ditubuhkan..dan bagi, hanya sekadar pertubuhan yang ditubuhkan tanpa semangat jihad untuk membebsakan palestin dari cengkaman zionis Yahudi Laknatullah..

dalam range masa seminggu yang lepas, ketika tengah kuliah, sehelai kertas terbang (sebenarnya di passkan oleh rakan selectureku). kelihatan teks ringkas yang menceritakan perihal palestin dan dibawahnya terdapat senarai nama dan tandatangan..

"owh, nak kutip partition rupenyer"hatiku terdetik.. selang beberapa hari selepas itu, ada satu pertubuhan yang memberi ceramah umum yang dinamakan Aman Palestin. ceramah yang sama juga telah dilakukan tahun lepas (mungkin juga tahun2 sebelum ini sebab ketika itu, aku masih lagi pelajar sekolah) yang berutujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar universiti entang permasalahan yang melanda Palestin masa kini.

Aku amat menghargai pertubuhan dan pihak universitiku yang menjalankan program tersebut. Aku tidak pasti seramai mana yang datang sbb aku mempunyai komitmen dakwah lain yang menyebabkan aku tak dapat hadir ke program tersebut. (tahun lepas sempat juga datang dan jumlahnya alhamdulillah, ok la)..

Aku juga amat tertarik apabila melihat status Yahoo Massenger sesetangah sahabatku di universiti yang memaparkan weblink Palestinkini.info...wah, sungguh bersemangat mereka ni untuk mempromote hari Al-Quds sedunia..

Namun dalam 'kemeriahan' mengadakan programseumpamanya ini, mindaku sering bertanya..
sejauhmana program ini berkesan di hati orang islam sekarang ini lebih -lebih lagi para pemuda islam?... kenapa kita hanya bersemangat mengingat hari al-Quds sedunia hanya pada 21 ogos sahaja? kenapa tak ingat hari-hari? atau tiada masa untuk kita mengingatinya sebab buku-buku engineering masih tebal diatas meja yang belum terbaca? atau asingment-asingment yang menyerabutkan kepala? walhal kita tahu Allah ada berfirman dalam kalamnya "sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara..." (Al-Hujrat ayat 10)

Junjungan besar Nabi Muhammad S.a.w juga ada bersabda "Sesungguhnya kamu tidak benar-benar beriman sehingga kamu mencintai saudaramu seperti kamu menyintai dirimu sendiri"-Hadith Riwayat Bukhori dan Muslim dan "orang mukmin bagi orang mukmin itu laksana banggunan yang sebahagianna memperkuatkan sebahagian yang lain" ayat quran dan hadith yang kita biasa dengan berkaitan hubungan kita dengan sesama muslim.. namun sejauh mana kita praktikkan?

semalam masa lecture ISlamic studies, ada satu grup yang membentangkan tentang OIC. banyak soalan yang diraise up kepada grup pembentang (kesian grup yang bentang pasala ajaran sesat ayah pin, orang xberminat sangat).. dan dalam banyak2 soalan yang diutarakan, aku tertarik pasal soalan sejauh mana boikot itu mampu untuk melawan israel!

perbincangan menjadi semakin rancak. aku yakin, majoriti pelajar diuniversitiku tahu perihal memboikot barang keluaran yahudi seperti Maggi, Nestle dan beberapa lagi barang boikot lain. namun begitu, seringkali aku lihat tin-tin pepsi dan coca cola, air milo dsb menyinggah mulut-mulut yang tahu akan hal boikot ini. barangan kebersihan diri, perfume dan seumpamanya masih lagi barang keluaran musuh islam menyinggah ditubuh-tubuh kita selepas ketika dan selepas mandi, bahkan ketika ingin ke masjid.. bagaimana hal ini nak membantu melumpuhkan ekonomi negara-negara yang membantai orang islam? sedangkan orang yang memperjuangkan hal ini juga seringkali membeli barang-barang boikot. kalau tiada alternatif lain dan amat terdesak untuk menggunakanya boleh juga consider tapi aku yakin, di malaysia ini masih banyak alternatif lain untuk menggantikan barang-barang boikot. aku tertarik dengan apa yang dikatakan ustaz masa lecture islamic studies tu yang mneyeru agar kita umat islam yang menyediakan alternatif dan sekali gus memantapkan lagi ekonomi umat islam.

oleh yang demikian, marilah kita sama-sama reflect kepada diri kita balik. sejauhmana kita concern terhadap isu ini dan sejauh mana kita berusaha untuk membantu saudara-saudara kita disana..dan hal ini juga merupakan peringatan kepada diriku yang lemah ini supaya terus sama-sama dengan orang-orang islam yang lain memperjuangkan agama ISlam yang amat-amat dicintai. janganlah kita terlalu bersikap infiradiyah (individualistik)..sama-samalah kita memperjuangkanya!!! semoga Allah merahmati orang-orang yang memperjuangkan agamanya.. Allahukabar!!

p/s: article bewarna merah dipetik dari http://21-8.blogspot.com
sebenarnya panjang lagi boleh diceritakan tapi cukuplah sekadar ini sahaja..

Paradigma Cinta Tertatas

19 Ogos 2008


Assalamualaikum sahabat sekalian..
Jom same2 kita ke halaqah-online..
banyak perkara2 menarik yang boleh didapati disana

satu anjakan paradigma kepada dakwh islamiyah melalui alam maya,,
sama-sama kita manfaatkannya demi kepentingan Ummah

Baju Engineering

14 Ogos 2008

Assalamualikum buat sume..
sape2 nak beli baju, bleh terus order dengan aku di V4B-T2-03, 0195237812-->(Hilmi)..sehingga 24/9 sahaja
sape2 nak beli, bleh gak PM aku kot yM or GTalk hilmi_002@yahoo.com / ahmiez@gmail.com. (Untuk batch Jan 2007 dan kebawah) .

Untuk batck Jan 2007 dan keatas, sila PM zol_fazly86@yahoo.com / 0139079750 (Zul). Harga baju ni adalah RM 25. deposit RM 10. kalo nak tengok design, bleh request. hard copy sahaja. >>BANTULAH SESAMA UMMAH. Jazakallah


brought to You by Kiwi Design..
 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Eksekutif IT di sebuah syarikat Oil and Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts