Ujian satu bentuk tarbiyah

31 Julai 2008

Setegar-tegar kita berdiri, suatu hari nanti kita kan jatuh jua sekiranya iman kita tak dijaga. Kerna iman itu bukan selalu diatas, tapi akan juga berada dibawah. Namun, kebijaksanaan akallah yang akan berfungsi waktu ini untuk cuba mengawalnya agar ianya tidak terus jatuh kecundang di tertawai syaitan. Dan begitulah rutin hidup Setiap manusia yang ‘hidup’ dengan iman. Kita seringkali diuji, sama ada dengan kepayahan atau Kesenangan. Allah ada menyebut hal ini dalam firmannya

214. Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman Yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” (Al-Baqarah ayat 214)

Dan begitulah jua kehidupan hari-hariku..kadangkala, diriku yang lemah ini hampir saja tersungkur oleh ujian2 yang mendatang. Namun Allhamdulillah dengan perkenalan aku dengan Al-Quran, ayat-ayat cinta Allah kepada hambanya yang beriman, aku masih lagi mampu untuk berdiri walaupun terkadang aku kurang berdaya menghadapinya. Bagi sem ni, gerak kerja aku terpaksa dikurangkan dan hanya terpaksa terfokus kepada satu kerja. Pada mulanya aku agak kecewa, tapi bila difikir-fikarkan balik mungkin ada baiknya padaku.

“…… dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” [Al-Baqarah ayat 216]

Alhamdulillah, mungkin dengan ujian yang Allah turunkan ini, ada hikmah yang tersirat didalamnya. Mungkin sebelum ini, aku kurang serius dalam sesuatu perkara, kurang memberi konsentrasi untuk menjadikannya Berjaya menyebabkan Allah mengujiku dengan kegagalan. kerana aku yakin, suatu hari nanti apa yang aku pohon kepada Allah akan dimakbulkannya.. sesungguhnya, Allah menyayangi hambanya yang berusaha dan membenci hambanya yang berputus asa kerana putus asa itu hanyalah sikap orang-orang sesat

“Nabi Ibrahim berkata: "Dan tiadalah sesiapa Yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang Yang sesat". [Al-Hijr ayat 56]

Apabila sesuatu ujian yang Allah turunkan kepada hambanya itu, pasti ada ubat yang diberi bagi menyelamatkannya hambanya daripada terus berasa lemah. Dan bagi diriku, ubat kesabaran adalah yang paling berkesan bagi menghadapi ujian ini. semoga Allah memperkukuhkan langkahanku..

Halaqah-Online will be online

14 Julai 2008

Salam..buat semua..satu website yang kita nanti-nantikan..
sebuah anjakan paradigma untuk memantapkan dakwah kita..
www.halaqah-online.com--> will be coming...soon


Buat Semua Murrobi2

Sang Murabbi
Izzatul Islam

Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu
Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu
Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu
Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati
Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani

Solat lima waktu syarat naik pangkat

08 Julai 2008

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan menjadikan wajib solat lima waktu dan Jumaat sebagai syarat kenaikan pangkat dan pengambilan baru kakitangan awam serta pemilihan calon wakil rakyat dan jawatan politik lain termasuk penghulu. Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata peraturan itu sama seperti pelaksanaan syarat mesti lulus Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dalam pengambilan kakitangan kerajaan ketika ini. "Saya akan kemukakan kepada kerajaan nanti bahawa yang tak sembahyang lima waktu dan tidak menunaikan solat Jumaat, tak boleh pegang jawatan dalam kerajaan negeri bermula dari penghulu, penggawa dan wakil rakyat.

"Kita akan tapis orang ini... sembahyang atau tidak, lebih-lebih lagi sembahyang Jumaat,” katanya kepada pemberita ketika sesi rehat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim di sini, semalam. Nik Abdul Aziz berkata, peraturan itu bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan penjawat awam supaya sentiasa mengingati Allah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. "Sama seperti kalau mereka tak boleh bercakap Bahasa Malaysia, tak diterima bekerja dalam kerajaan dan kalau dalam bidang kedoktoran diwajibkan berbahasa Inggeris. Kita mesti buat perkara sama kepada orang yang tak sembahyang lima waktu dan meninggalkan solat Jumaat.

"Kalau nak dapat kerja perlu tingkatkan bahasa kebangsaan, begitu juga orang tak sembahyang perlu diusahakan supaya mereka sedar bahawa ia satu dosa yang akan menimbulkan perangai tak senonoh dan tidak takut kepada Allah," katanya. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Mohd Amar Nik Abdullah, berkata Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) akan dipinda bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap umat Islam yang meninggalkan solat lima waktu. Beliau berkata, pindaan enakmen itu kini dalam kajian Maik dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sebelum dibentangkan pada sidang DUN. “Ketika ini, hanya orang yang meninggalkan solat Jumaat lebih tiga kali, boleh didenda sehingga RM1,000 atau satu bulan penjara atau kedua-duanya.

"Kini ada cadangan agar peraturan itu diperluaskan terhadap mereka yang meninggalkan solat lima waktu walaupun kita akui agak sukar dikuatkuasakan kerana pastinya ada yang pro dan kontra," katanya menjawab soalan Muhammad Mustafa (Pas-Demit) pada sidang DUN. Mohd Amar berkata, setakat ini dua orang didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kelantan kerana kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat.
Dipetik dari Berita Harian 8 Jul 2008
 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Eksekutif IT di sebuah syarikat Oil and Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts