January 2008

25 Mei 2008

Assalamualaikum..
salam mahabbah, salam ukhuwah...
Izinkan ana menceritakan sedikit sebanyak axtviti ngan perkara2 yang menarik berlaku sepanjang sem ni. Bagi ana, semester 2008 ni banyak benda yang ana belajar, suka dan duka dalam menjadi seorang pelajar Universiti disamping menyambung sedikit kerja2 para Anbiya..
Mungkin sedikit perkongsian aktiviti yang dilakukan bersama2 sahabat2 ana pada hujung minggu.
Biasa la, bila dah jadi student U, macm2 benda yg perlu dilakukan untuk coursework mark. Presentation la, projek la, mcm2 lagi la yang sudah semsetinya membuatkan otak yang kecil ini mengalami stress..so untuk menghilangkan stress ngan tension neh, kami akan sama2 melakukan axtiviti outgate utp..(heh cam pelik je bunyi outgate)...selain melepas kan tension, ia gak bertujuan untuk merapatkan ukhuwah antara kami..huh..cam karangan BM sekolah dulu je...ok la. tanpa merapu2 dan melalut-lalut terlalu panjang ikutilah kisah2 tersebut..--->
1.0 Rehlah (Rehat + Lelah)

Axtiviti pertama yang kami lakukan adalah perkhemahan Rehlah..kenapa dinamakan rehlah? (bleh baca heading dia)..
Axtvt ni kami lakukan di teluk segadeh, pangkor.. tujuan nya nak rehat kan minda tapi kenapa ada lelah? hurm..err..sebenarnya masa on da way ke teluk segadeh tersebut, kami hanya berjalan kaki dari jeti Pulau Pangkor ke Teluk segadeh yang jaraknya lebih kurang 4KM..hui..jauh tu..kalu kaki saja yang berjalan takpe gak..tapi ni disertai beg2 yg berat tahap gajah dan barang2 perkhemahan yg berat tahap badak (melampau betol hiperbola)jadi bertambah lelah la jawabnya..kami berkhemah 3 ari je..mcm2 la axtviti yg dibuat..dan paling menarik, perkhemahan ni berobjektifkan Survival and Endurance..hui..mmg betol2 survival la..rasenyer bleh tgk kot gmbr2 dibwh neh betpa survivalnya kami..hehe

Ni la khemah kami..dari dedaun dan plastik je..masa tu hujan..so..paham2 le..


Disebabkan bekalan makanan yang diberikan limited, kami hanya makan nasi berlaukkan gula..
nasib baik tak campur air laut..huh..

memasak nasi tanpa menggunakan gas..kayu api je..(mmg le dah nama pon berkehmah (-_-")

Terpaksa bersesak2 ketika nak makan...(time ni la yg paling best sbb walau tak sedap dan makanan tak bnyak, tapi still boleh berkongsi tanpa ada yang lebam mukanya berebut makanan..).


Suasana dalam khemah..mmg mcm tido dalam hutan walaupon kat tepi pantai...




2.0 Lawatan sambil belajar ke Cameron Highland..


kira2 beberapa kurun selepas ke Pulau Pangkor, kami berkesempatan ke Cameron..ni pon sama, untuk menghilangkan stress sambil memakan strawberi yang fresh dan menghirup udara yang sejuk..maklum la..masa tu baru lepas Test (bukan test kereta tp test blaja la)..perkara yang amat menarik bagi ana sepanjang lawatan ke cameron adalah ketika melalui ladang Teh untuk ke Kilang Tea Boh...subahanallah, semu terpegun melihat kecantikan dan keindahan alam ciptaan Allah.. hati kami tidak lekang dari berzikir melihat kekuasaan Allah..

sesampainya disana, kami terus ke kilang membuat teh.. tapi malangnya, kila itu bru je lepas beroperasi..kami hanya singgah di kedai yang menjual beraneka jenis teh..semuanya jenama Teh Boh dan xboikot..so buleh diminum seisi keluarga dan romate2 di universiti..


kesejukan di cameron

beberapa pemandangan di ladang Teh yang menguja diri kami..

Ni la kilang teh tersebut..walaupon nampak cam buruk tp kilang ni la yang memproses teh2 boh yg kita minum tu..

Mungkin ni je kot ana sempat coretkan..nanti kalu ada masa lagi boleh kongsi lagi benda2 yag menarik..wallahualam..

Tiada ulasan:

 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Eksekutif IT di sebuah syarikat Oil and Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts