Dari keyboard pengarang..

25 Februari 2008

Assalamualaikum w.b.t.. salam ukhuwah, salam mahabbah buat yang selalu membaca blogku ini. Sudah lama ana tak meng update blog ni. Sudah lama juga tak memerah kepala ini untuk mengarang. Cerpen yang tersiar dalam blog ini pun tak tau la bile nak sambung. Tergantung begitu sahaja. pembelajaran ana pun dah semakin tough. Litar-litar elektronik, get-get logic dah semakin menyusutkan lagi otak kecil ini. Pembukaan semester baru tahun ni membawa diriku yang amat kerdil di sisi Allah ini terus maju melangkah ke alam undergrad student. Semuanya kerana rezeki dari Rabbku yang Maha berkuasa. Yang Maha Mengatur dan aturannya itu subahanallah, Maha hebat sekali. Tidak tergambarkan oleh pemikiran manusia yang terbatas ini.
Allahmdulillah juga ana ucapkan kesyukuran kerana masih lagi diberi oksigen untuk dihela, merasai Setiap degup jantung yang menjadi barang pinjaman didunia, segala nikmat dan rahmat yang tidak pernah putus diturunkan kepada hamba-Nya. Ya, dan ana masih lagi dapat merasai segala nikmat dan rahmat yang diberikan-Nya ini. Walaupun sibuk dengan assignment, dan bermacam-macam aktiviti lagi, namu, kerja2 dakwah tetap perlu diutamakan. Walaupun sesibuk mana sekalipun, insyaAllah, ana akan cuba carikan masa dan ruang waktu yang membolehkan ana membawa mad’u-mad’u menyeru kepada Allah s.w.t..Walaupun gerak kerja ana tidaklah sehebat dan segencar sahabat-sahabat ana yang lain, tapi, Alhamdulillah, dengan izin Allah, ana dapat mengsetup halaqah kecil. Mohon semua ikhwah2 mendoakan agar gerak kerja kita sentiasa dirahmati Allah, dipermudahkan oleh-Nya dan semoga kita akan terus tsabat dalam perjuangan ini, insyaAllah. Jika diberi kesempatan, ana akan menulis lagi pada masa akan datang insyaAllah…wallahualam

Marilah kita sama-sama renungkan firman Allah dalam surah Muhammad Ayat ke 7 dan surah An-Najm ayat ke 39 ini..

Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (47:7)

Dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang Telah diusahakannya, (53:39)


 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Eksekutif IT di sebuah syarikat Oil and Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts