4 cara lekatkan al-Quran dalam jiwa

28 Oktober 2007

Tajdid Iman:

Hidayah ayat suci datang dengan pakej lengkap diterjemah ke pelbagai bahasa


JIKA anda membaca al-Quran, ke mana arah pemikiran dan di manakah hati anda hinggap? Antara punca kita tidak mendapat hidayah al-Quran adalah akal dan hati yang tidak fokus kepada makna bacaan. Ada yang membaca hanya untuk mengejar matlamat mengkhatamkan saja. Ada pula yang memberatkan hukum tajwid hingga melalaikan daripada memahami makna. Paling menyedihkan, wujud segelintir orang Islam membaca al-Quran untuk dibayar bagi mengirimkan pahala kepada orang yang sudah mati. Penyalahgunaan al-Quran memang kerap dilakukan, hingga menyelewengkan manusia daripada matlamat sebenar untuk menjadikan al-Quran sebagai petunjuk kehidupan. Praktik sebegini dilakukan orientalis yang belajar al-Quran untuk mencari kelemahan Islam dengan cara membuat penafsiran yang jauh melencong daripada disiplin ilmu Islam sebenar.

Seperti Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia, sudah melebarkan fahaman Islam yang menghalalkan apa diharamkan al-Quran sehingga Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengharamkan pertubuhan itu serta merta. Antara fahaman mereka, sesiapa saja boleh menafsirkan al-Quran hingga orang awam yang tidak mengerti bahasa Arab dan disiplin ilmu al-Quran dan hadis pun boleh menafsirkan al-Quran mengikut pandangan akal, adat budaya serta keperluan semasa. Di Amerika Syarikat, Amina Wadud menulis buku mengenai tafsir al-Quran menurut perspektif feminisme yang menolak ketentuan hukum hakam al-Quran mengenai poligami, talak, harta warisan dan isu seumpamanya yang menyangkut hal ehwal kewanitaan.
Beliau menganggap tafsir yang ditulis ulama dulu perlu disemak dan disesuaikan menurut peredaran zaman serta kedudukan wanita ketika ini. Kemuncaknya, beliau mengimamkan golongan lelaki dalam satu solat Jumaat. Namun demikian, Allah masih menjaga agama ini daripada anasir yang menggugat keasliannya. Dipeliharanya ilmu ulama dan sarjana Islam yang komited lagi beriman daripada terpesong dan disuburkan ladang ilmu di serata dunia dengan kelahiran generasi Islam yang istiqamah berpegang kepada kekuatan ilmu bersumberkan al-Quran dan al-Hadis. Semakin rancak dan canggih musuh Islam mahu menodai kesucian al-Quran, semakin berani umat Islam yang maju ke hadapan membela dan mempertahankan kemurnian Islam. Semakin dicabar umat Islam, semakin kuat dan ramai yang sedar kefahaman mengenai al-Quran harus dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Jika dulu kita hanya belajar membaca al-Quran tanpa tahu apa isi kandungannya, kini ramai orang mula mengkaji al-Quran, mempelajari tafsirnya dan berusaha menghafalnya seperti mana mereka mencintai hadis Rasulullah SAW dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.


Tidak ada alasan untuk kita mengatakan kepada Allah saat bertemu pada hari pembalasan, bahawa kita tidak tahu apa-apa mengenai agama ini kerana semuanya sudah tersedia dengan mudah. Hidayah Allah datang dalam satu pakej lengkap melalui santapan Qurani yang kini diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Permasalahan utama dalam memahami al-Quran adalah bahasa, tetapi Said Hawwa dalam kitabnya al-Mustakhlas fi Tazkiyatin Nafs menyatakan: “Antara kelemahan umat Islam memahami al-Quran selain jurang bahasa ada satu punca yang ramai orang awam tidak memerhatikannya iaitu ‘tidak mampu merenung (mentaddaburkan) al-Quran’. Beliau merumuskan cara merenung al-Quran antaranya ialah:

Fahami tujuan membaca:


Bukan hanya pahala saja yang diharapkan, tetapi hendaknya al-Quran itu tertegak dalam keperibadian, seterusnya menggerakkan kita menjadi pembela yang memperjuangkan nilai al-Quran dalam masyarakat. Pendeta Zwimmer dalam ucapannya pada Persidangan Mubaligh Antarabangsa di Jerussalem Palestin, berkata: "Mubaligh sudah berhasil mempengaruhi generasi Islam di pelbagai negara dan mereka lahir sebagai manusia yang tidak mengenal Tuhannya dan asing daripada kitab sucinya, walaupun kalian belum berhasil memurtadkan mereka ke dalam agama kita, tidak mengapa, bukankah mereka sudah lahir sebagai generasi yang tidak memiliki idealisme dalam kehidupan?" Sesungguhnya ancaman bagi musuh Islam bukan kerana senjatanya, bukan kerana kekayaannya dan ramai bilangannya tetapi kerana jiwa Qurani yang terpacak kukuh di serata dunia. Untuk itu, mereka memerangi al-Quran supaya ia tidak tertegak di hati generasi Islam.


Merenung suatu proses membersihkan hati:


Segala sesuatu yang berasal daripada keikhlasan hati akan terpancar keindahan dan kebaikan di dalamnya. Semua ibadat dalam Islam dimulakan dengan niat dalam hati. Ketika membaca al-Quran, sebenarnya kita seolah-olah sedang menyelongkar ke dalam diri untuk menilai siapakah kita sebenarnya. Ramai orang yang mengambil berat mengenai suci daripada hadas kecil dan besar ketika memegang al-Quran tetapi berapa ramai yang mementingkan kesucian hati daripada angan-angan dunia yang menyibukkannya sehingga fikirannya tidak mampu terfokus kepada ayat dibaca. Adakah kita mampu merehatkan hati daripada lintasan dengki, riak, dendam dan kebencian kepada sesama insan ketika memegang al-Quran?


Membaca dengan harapan mendapat hidayah Allah.


Sebelum membaca al-Quran pernahkah kita berdoa: "Ya Allah berilah petunjuk dengan bacaanku ini." Sesungguhnya orang yang mahu petunjuk memerhatikan setiap ayat dilafaz dan mendengarkan dengan penghayatan sambil mencari apakah sudah aku kerjakan suruhan al-Quran ini. Dan apa pula perbuatan yang kerap dilakukan padahal ditegah al-Quran. Jangan bekukan al-Quran dalam ruangan sempit pemikiran kita. Ayat yang turun mencela golongan munafik dan kafir, itu sebenarnya untuk diri kita juga yang kadang-kadang tersalah jalan lagi alpa.


Ulangi bacaan dalam sembahyang:


Merenung juga boleh dilakukan dengan cara mengulangi bacaan sambil menghayati maknanya. Diriwayatkan daripada Abu Zar, beliau berkata: Rasulullah SAW mengerjakan sembahyang malam bersama kami lalu Baginda berdiri dan membaca sebuah ayat, Baginda mengulang-ulang ayat itu yang bermaksud: "Jikalau Engkau (Ya Allah) menyeksa mereka maka sesungguhnya mereka itu adalah hamba-hamba-Mu juga dan jikalau Engkau mengampuni mereka maka sesungguhnya Engkau adalah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." - (Surah Al-Maidah, ayat 118) Sesungguhnya pengulangan ayat dengan maksud meresapkan ke dalam hati dan seterusnya sebati di dalam darah dan daging adalah proses pembersihan jiwa yang diajarkan Rasulullah SAW. Betapa nikmatnya tadabbur yang menjadi kesukaan baginda dan sahabatnya.


"Sumber dipetik oleh penulis daripada ruangan agama, berita harian"

Main Futsal?

Salam...

Em, smalam ana join ikhwah main futsal kat kompleks sukan UTP...lama daa ana xmain futsal nih..time last ana main lbh kurng sethn yg lepas..mase tu ana masih belajar kt MRSM kuala Krai..teringat mase main kt skolah dulu..ngan geng2 yang satu batch..satu kenangan yang memang tidak boleh dilupakan...back to the present...akhi saufi yang sebenarnya menjemput ikhwah join main futsal ni mase jamuan hari raya akhi Kamil di Bandar Universiti malam sebelum acara ini berlangsung...acaranya start pkl 7.00 pagi...kiranya, lepas smayang subuh kt masjid, kitaorng balik bilik dan terus pegi kt padang...mulanya, ana malas nak pergi, sebabkan nk buat lab report Physics, tapi lepas akhi umair datang bilik ana dan mengajak ana pergi dengan 'kata2nya' yang ''mantap'' tu, ana pun akur mengikutnya..mase tu baru pkl 7.08..kiranya dah lewat 8 minit laa...


cari henset...

on da way nak pegi tu, akhi umair tetiba terlupa dia punye henset..masyaAllah, mula la sesi pencarian hensetnya yang dikatakan 'hilang' tu...dia merantau dari bilik ke bilik, meingatkan segala kronologi yang berlaku sejak pulang dari subuh hingga singgah ke bilik2 yang dia kejutkan subuh tadi...mase tu dah agak lewat, so, kitaorang berdua pon terus ke kompleks sukan sambail akhi umair ni cuba mengingati kembali kemanakah hensetnya menghilang..dan tetiba dia teringat yang hensetnya tu terjatuh atas rumput depan bilik ana mase mengejar akhi hafizal... kitaorang pun terus ke gelanggang futsal..mase tu dah 7.22 minit..semua orang dah hampir siap 'warm-up'..so ana dan akhi umair just kena lari keliling padang 5 round untuk panaskan badan..lepas panaskan badan, akhi umair mintak kebenaran untuk mencari hensetnya yang 'hilang tu'..


The game start..

Futsal pon di mulakan dengan ana join group 2..manakala rumate ana akhi Irsyad group 1.. so kitaornag cam compete each other ar..hehehe..main punye main, pastu gawang team ana telah dibolosi..kalu tak silap ana, akhi alif yang menyumbatkannya..so, kitaoarng kene 'denda' memasukkan baju ke dalam seluar (tuck-in orang putih cakap)..fuh, skema abis cam dok kat maktab dulu jer. cam time PJK..em..main punye main...macam2 perkara menarik berlaku.. beberapa orng ikhwah ada yang terjatuh sampai berguling2 360 darjah...ada gak yang terjatuh beberapa kali..ana sendiri pon terjatuh, mase cuba nak mengelecek bola...hehe...ikhwah2 ni hebat jugak main bola..kiranya, bukan hebat dalam dakwah je tapi dalam sukan pon..antara ikwah yang paling hebat ana tengok, akhi saufi, akhi anuar, akhi alif, akhi fahim, akhi koji dan ada beberapa orang lagi..kitaorng mememang enjoy the game..

ni hanyalah sekadar gambar hiasan (kitaorang tak pakai macam ni)

End of the game..
game tamat pada lbah kurang kol 8.45 dengan keputusan 5,6 kalu tak silap ana dengan team ana kalah dalam game tersebut. sebelum kitaorang semua berangkat pulang, kitaorang berkumpul dulu.. akhi saufi memberi pesanan dan objektif futsal ini diadakan..ia bertujuan untuk merapatkan ukhuwah antara ikhwah2 dan menjaga tatatertib dan adab pemakain semasa bersukan yang berlandaskan hukum dan syarak..semua yang hadir hari tu berpakain sukan, berkasut (ada juga yang berselipar dan berkaki ayam sahaja masa main) dan berseluar track panjang...lepas tu, akhi faiz juga ada meberi sedikit tips2 berkaitan kesihatan dan kepentingan bersukan...lepas perjumpaan ringkas tu, kitaorang pu menuju ke kafe untuk breakfast dan pulang ke kolej masing2..
owh lupa pulak pasal kehilangan henset akhi umair...lepas dia balik mencari hensetnya balik, alhamdulillah, hensetnya dijumpai di tempat yang diimiginasiknya..di depan bilik ana, atas rumput..hehe..ada 6 miscall (p/s: awasi henset anda sentiasa)
wallahualam..


 
Foto saya
Pemuda Kelantan, Eksekutif IT di sebuah syarikat Oil and Gas. seorang musafir mencari bekalan amal untuk meraih Husnul Khatimah, kerana pengakhiran yang baik akan mendapat sesuatu yang baik di sana..hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanyalah untuk beribadah kepadaKu"-51:56

Pengikut

Popular Posts